Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bateri iPhone 16 Pro Max

EU Tetapkan Semua Telefon Pintar Dijual Dengan Bateri Mudah Diganti Bermula 2027

Diterbitkan April 24, 2026 · Dikemas kini April 24, 2026 oleh ariff bukhari

Mulai tahun 2027, Kesatuan Eropah (EU) akan melaksanakan peraturan baharu yang mewajibkan semua telefon pintar yang dijual di EU mestilah dengan bateri yang mudah diganti.

Langkah ini bertujuan meningkatkan ketahanan, kebolehbaikan, dan mengurangkan pembaziran elektronik.

Set Peraturan Bateri EU 2023/1542 dan Peraturan Suruhanjaya (EU) 2023/1670 ini yang dilancarkan secara berperingkat antara Jun 2025 dan Februari 2027 ini meliputi telefon pintar, telefon mudah alih, telefon tanpa wayar dan tablet yang  dijual di seluruh 27 negara anggota blok kesatuan itu.

Dengan bateri mudah diganti, pengguna tidak lagi perlu menukar telefon hanya kerana bateri lemah, sekali gus menjimatkan kos dan memanjangkan jangka hayat peranti.

Peraturan yang sudah pun diluluskan pada 2023 dahulu ini dijangka akan turut memberi kesan global kerana pasaran Eropah sangat besar, memaksa pengeluar seperti Apple dan Samsung menyesuaikan reka bentuk telefon mereka dengan peraturan baharu tersebut.

Selain manfaat kepada pengguna, ia membuka peluang kepada industri pembaikan tempatan dan menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

Walaupun hanya berkuat kuasa pada 2027, pengeluar dijangka akan mula menyesuaikan model baharu mereka lebih awal, sekali gus menjadikan peranti pintar dengan bateri mudah diganti sebagai standard baharu dalam industri.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • 'Power Bank' UGREEN Baharu Guna Sel Bateri BYD
  • CATL Perkenal Bateri EV 255 Kg Lebih Ringan, Julat Sehingga 1,000 Km

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY