Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Kedai Jualan Apple Di China Dibuka Kembali

Semua Kedai Jualan Apple Di China Dibuka Kembali

Diterbitkan Mac 13, 2020 oleh Amalina Athman

Jurucakap Apple mengesahkan syarikat itu telah membuka kembali kesemua 42 kedai jualan di China bermula hari ini. Terdahulu, kesemua kedai jualannya terpaksa ditutup pada awal Februari berikutan penularan wabak Covid-19 di China. Syarikat itu mula membuka kembali kedai jualannya secara beransur-ansur sejak beberapa minggu lalu.

Kedai Jualan Apple di China

Berikutan penutupan kedai jualan di China, Apple mengumumkan bahawa ia tidak akan mencapai matlamat keuntungan pada suku tahun ini, memandangkan bekalan iPhone yang terhad di seluruh dunia dan permintaan pelanggan yang lebih rendah bagi produk Apple di negara itu.

Walaupun angka kematian dan jangkitan di China semakin menurun, Apple mungkin akan berhadapan dengan penutupan kedai jualan di beberapa negara.

Pada minggu ini, Apple telah menutup kesemua kedai jualannya di Itali selepas negara itu mengumumkan sekatan perjalanan.

Sumber: MacRumors, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY