Apple Melaporkan Kekurangan Bekalan iPhone Akibat Wabak Covid-19

Ekoran dari wabak koronavirus (Covid 19), pihak Apple melaporkan berlaku kekangan terhadap bekalan produk iPhone bagi seluruh dunia. Disebabkan kejadian ini, kesan kewangan bagi syarikat itu turut terjejas dan tidak mencapai bilangan yang disasarkan.

Permintaan terhadap produk keluaran syarikat mereka turut terjejas di China berbanding negara lain. Banyak kedai-kedai serta kilang-kilang telah ditutup disebabkan kejadian ini. Akan tetapi, baru-baru ini pihak Apple melaporkan kilang-kilang tersebut dibuka semula tetapi jumlah pengeluaran berlaku sedikit perlahan.

Mereka menegaskan bahawa kesihatan para pekerja adalah keutamaan yang sangat penting. Ia bertujuan untuk memulihkan operasi supaya berjalan lancar. Apple turut menjangkakan keadaan akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, Apple juga tetap berhati-hati terhadap penularan wabak ini. Mereka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai sasaran jualan menjelang April akan datang dan pengeluaran produk yang seterusnya.

Sumber : Apple