Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Power Rangers LEGO

Selepas Voltron, Giliran Robot LEGO Power Rangers Pula Bakal Jadi Kenyataan

Diterbitkan November 3, 2025 · Dikemas kini November 3, 2025 oleh ariff bukhari

LEGO Ideas Review 2025 mencatat sejarah apabila sebanyak 6 rekaan peminat telah dipilih yang bakal direalitikan untuk dijadikan set rasmi LEGO.

Jumlah itu merupakan yang tertinggi pernah diumumkan dalam satu sesi.

Sebanyak 57 idea yang mencapai 10,000 sokongan antara Januari hingga Mei 2025 telah dinilai oleh panel LEGO.

Pengumuman ini disampaikan oleh Jordan Scott bersama dua pereka LEGO, Ivan Guerrero dan Alex Storozhuk.

Proses pemilihan tersebut mempertimbangkan pelbagai faktor seperti produk sedia ada, lesen, kualiti binaan dan permintaan pasaran.

Daripada 6 rekaan dipilih itu, yang paling menarik perhatian adalah rekaan LEGO robot dari siri tv kanak-kanak popular, Power Rangers iaitu Megazord hasil rekaan TrumanBricks.

Power Rangers LEGO 1
Selepas Voltron, Giliran Robot LEGO Power Rangers Pula Bakal Jadi Kenyataan
Selepas Voltron, Giliran Robot LEGO Power Rangers Pula Bakal Jadi Kenyataan
Selepas Voltron, Giliran Robot LEGO Power Rangers Pula Bakal Jadi Kenyataan

Sebelum ini, LEGO pernah menghasilkan robot dari siri kartun klasik popular iaitu Voltron pada tahun 2018 dahulu.

Jadi, robot Megazord Power Rangers ini  pastinya bakal menjadi produk hangat terbaru LEGO nanti apabila ia menjadi realiti selepas ia berada di pasaran.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Proton e.MAS 5 Dan Masa Depan EV Mampu Milik Di Malaysia
  • Richard Linklater: “AI Takkan Mampu Hasilkan Filem Sebenar”

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY