Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Simulasi AI Dedah Kesan Ngeri Letusan Gunung Fuji Ke Atas Tokyo

Selepas Lebih 300 Tahun Tidur, Tokyo Kini Bersiap Hadapi Kemungkinan Letusan Gunung Fuji

Diterbitkan Mac 31, 2026 oleh ariff bukhari

Tokyo kini meningkatkan persiapan menghadapi kemungkinan Gunung Fuji kembali meletus selepas lebih 300 tahun tidak aktif.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa letusan besar boleh menyebabkan hujan abu meluas sehingga menjejaskan kehidupan harian jutaan penduduk.

Abu gunung berapi yang masih aktif itu berpotensi melumpuhkan sistem pengangkutan, bekalan elektrik, serta menimbulkan risiko kesihatan.

Kerajaan Metropolitan Tokyo sedang merangka pelan kecemasan termasuk laluan pemindahan, pusat perlindungan sementara, dan sistem komunikasi pantas untuk penduduk.

Usaha meningkatkan kesedaran awam turut dijalankan agar masyarakat tahu langkah keselamatan yang perlu diambil.

Pada masa sama, saintis terus memantau aktiviti seismik di sekitar Gunung Fuji bagi memberi amaran awal sekiranya berlaku perubahan mendadak.

Malah Jepun juga merancang untuk memperkenalkan sistem amaran abu gunung berapi.

Menerusi Agensi Meteorologi Jepun, mereka akan mengeluarkan nasihat jika ramalan abu melebihi 0.1 mm, amaran jika melebihi 3 cm, dan mesej lebih kuat jika melebihi 30 cm.

Sebelum ini Kerajaan Metropolitan Tokyo telah pun mengeluarkan video simulasi AI yang menggambarkan kesan letusan Gunung Fuji terhadap ibu kota Jepun, Tokyo.

Visual dramatik menunjukkan awan abu kelabu besar menyelubungi langit Tokyo, manakala jalan-jalan sibuk seperti Shibuya diliputi abu.

Berkaitan

  • (Video) Simulasi AI Dedah Kesan Ngeri Letusan Gunung Fuji Ke Atas Tokyo
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • China Bina Terowong Kereta Api Laju 89 Meter Di Bawah Sungai Yangtze

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY