Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Simulasi AI Dedah Kesan Ngeri Letusan Gunung Fuji Ke Atas Tokyo

(Video) Simulasi AI Dedah Kesan Ngeri Letusan Gunung Fuji Ke Atas Tokyo

Diterbitkan Ogos 26, 2025 oleh ariff bukhari

Kerajaan Metropolitan Tokyo baru-baru ini mengeluarkan video simulasi berteknologi AI yang menggambarkan kesan letusan Gunung Fuji terhadap ibu kota Jepun, Tokyo.

Visual dramatik menunjukkan awan abu kelabu besar menyelubungi langit Tokyo, manakala jalan-jalan sibuk seperti Shibuya diliputi abu.

 “Kita tidak tahu bila Gunung Fuji akan meletus, tetapi kita mesti bersedia dalam kehidupan seharian untuk melindungi diri dan orang tersayang.” Kerajaan Metropolitan Tokyo.

Menurut pakar, jika Gunung Fuji meletus, abu daari gunung itu dijangka mula turun di Tokyo dalam tempoh 1 hingga 2 jam selepas letusan, dengan ketebalan antara 2 cm ke 10 cm.

Letusan terakhir Gunung Fuji yang berlaku pada tahun 1707 dahulu telah menyebabkan hujan abu berterusan selama dua minggu.

(Video) Simulasi AI Dedah Kesan Ngeri Letusan Gunung Fuji Ke Atas Tokyo

Abu gunung berapi sangat berbahaya kerana terdiri daripada partikel halus dan tajam.

Ia bukan sahaja mengganggu pernafasan dan penglihatan, malah boleh melumpuhkan sistem pengangkutan awam: kereta api, kapal terbang, dan kenderaan persendirian akan terjejas teruk.

Abu basah juga boleh menyebabkan gangguan elektrik dan komunikasi apabila ia melekat pada kabel serta antena.

Kenderaan dua roda seperti motosikal pula dijangka tidak akan dapat digunakan langsung jika abu melebihi 10 cm (kering) atau 3 cm (basah).

Tambahan pula, bekalan makanan dan keperluan harian akan terganggu kerana kedai kehabisan stok apabila pengangkutan dihentikan.

Ekoran itu, Kerajaan Metropolitan Tokyo menggalakkan rakyatnya supaya menyimpan stok makanan sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

Bagi melindungi kesihatan, orang ramai disarankan memakai topeng mulut/hidung dan gogal kerana abu boleh menyebabkan iritasi mata dan masalah pernafasan, terutamanya kepada penghidap asma.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Norway Lancar “Kubur” Karbon Dasar Laut Pertama Di Dunia
  • Android Dan iPhone Akhirnya Akan Boleh Berkongsi Fail

Sumber: Tokyo Metropolitan Government

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY