Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas iPhone, Foxconn Akan Bina Kilang EV Gergasi Pula

Selepas iPhone, Foxconn Akan Bina Kilang EV Gergasi Pula

Diterbitkan Jun 18, 2026 · Dikemas kini Jun 19, 2026 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, pada hari Selasa menyatakan bahawa syarikat usaha sama automotif tajaan kerajaan negara itu akan bekerjasama dengan gergasi teknologi Taiwan, Foxconn, untuk membina ratusan ribu kereta setiap tahun bagi pasaran domestik dan Eropah.

Tusk berkata kerajaan akan memuktamadkan rundingan dengan Foxconn pada musim luruh ini untuk membina sebuah hab di Jaworzno, selatan Poland, “yang akan disepadukan dengan keseluruhan ekosistem industri dan teknologi”.

Kerajaan Poland akan melabur sebanyak 4.5 bilion zloty (~RM5.1 bilion ) dalam usaha sama tersebut, tambah beliau.

Tapak berkenaan menyasarkan pengeluaran sebanyak 400,000 unit SUV elektrik bersaiz sederhana setahun, di mana syarikat usaha sama itu akan mempunyai hak eksklusif untuk menjualnya di Eropah.

Poland berharap perjanjian ini akan membolehkannya memanfaatkan permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan elektrik (EV) ketika Kesatuan Eropah menguatkuasakan had ketat ke atas pelepasan CO2 industri, biarpun kadar penerimaan oleh pelanggan adalah kurang rancak daripada yang dijangkakan oleh kebanyakan pegawai di seluruh blok tersebut.

Foxconn merupakan pengilang kontrak elektronik terbesar di dunia, yang menghasilkan produk untuk syarikat teknologi utama termasuk iPhone keluaran Apple.

Didorong oleh keinginan untuk mempelbagaikan perniagaan ke dalam sektor kenderaan elektrik, syarikat itu juga telah mendekati pembuat kereta di Jepun, dan telah memeterai perjanjian dengan Kumpulan Mitsubishi Jepun pada Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif ElectroMobility, Cyprian Gronkiewicz, memberitahu parlimen Poland minggu lalu bahawa pembinaan kilang tersebut akan bermula pada musim bunga tahun 2027.

Foxconn juga akan melabur dalam sebuah kilang penyepaduan dan pengujian semikonduktor berhampiran Wroclaw di barat daya Poland.

Kilang tersebut pada asalnya sepatutnya menerima pelaburan besar bernilai $4.6 bilion daripada gergasi teknologi AS, Intel, namun syarikat itu menarik diri daripada projek berkenaan pada Julai tahun lepas. – AFP

Berkaitan

  • Foxconn Dan NVIDIA Lancar 3 Model EV Baharu
  • Kawasaki Dan Foxconn Bangunkan Robot Pintar Ringankan Beban Tugas Jururawat
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY