Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn Dan NVIDIA Lancar 3 Model EV Baharu

Foxconn Dan NVIDIA Lancar 3 Model EV Baharu

Diterbitkan Oktober 25, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh ariff bukhari

Hon Hai Technology Group (“Foxconn”) pada Hon Hai Tech Day  yang ke-4 (“HHTD23”) telah mendedahkan sebanyak 3 model kenderaan EV baharu buatan mereka.

Pelancaran itu turut disertai oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang. 3 Model kenderaan EV itu adalah MODEL N, MODEL B dan MODEL C.

“Jenis pembuatan baharu telah muncul – kepintaran pengeluaran dan pusat data yang menghasilkannya ialah kilang AI. Foxconn, pengeluar terbesar dunia, mempunyai kepakaran dan skala untuk membina kilang AI di seluruh dunia. Kami berbesar hati untuk mengembangkan perkongsian sedekad kami dengan Foxconn untuk mempercepatkan revolusi industri AI.” Jensen Huang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA.

MODEL N adalah EV kargo di mana kecekapannya dijangka membawa pengalaman pengangkutan baharu kepada pengendali logistik.

MODEL B pula adalah EV yang boleh dilengkapi dengan skrin 15.6-inci IVI (infotainmen dalam kenderaan), cermin spion digital elektronik dan lampu depan pintar Matrix LED serta kekunci digital UWB (ultra-wideband communication technology).

Manakala MODEL C pula adalah SUV elektrik penumpang pertama yang dibuat di bawah model perniagaan CDMS Foxconn yang telah menerima plat lesen rasmi di Taiwan dan dilancarkan secara rasmi untuk dijual.

MODEL C juga telah melengkapkan beberapa pengesahan seperti ujian ketahanan, ujian rendaman air, ujian prestasi mendaki / kelajuan tinggi dan juga telah menyelesaikan eksperimen musim sejuk / musim panas di Amerika Syarikat.

Selain itu, Foxconn juga akan menyediakan versi prestasi dan rangkaian lanjutan MODEL C bagi memberikan pelanggan pilihan untuk memilih berdasarkan kuasa, ketahanan dan kelajuan.

Hon Hai akan mengeluarkan dan menghantar kenderaan mereka secara besar-besaran pada bulan November di mana pengguna akan dapat memandu EV ini di jalan raya pada suku pertama tahun depan.

Foxconn Smart EV ini akan dibina pada NVIDIA DRIVE Hyperion 9 iaitu platform generasi hadapan NVIDIA untuk automotif autonomi yang dikuasakan oleh automotif masa depan NVIDIA DRIVE Thor, SoC.

Selain NVIDIA, Foxconn juga menjalinkan kerjasama dengan pembekal automotif dari Jerman, ZF Group.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Pengilang Terbesar iPhone Sedang Disiasat Kerajaan China

Sumber: Foxconn

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY