Saat ini, ramai yang menantikan kemunculan Samsung Galaxy S9 bersama-sama dengan “abangnya”, Galaxy S9+ yang dijadualkan pelancarannya pada 25 Februari hadapan.
Menyusuli berita itu, terdapat ura-ura menyatakan dua peranti yang bakal dilancarkan itu merupakan yang terakhir dalam siri “Galaxy S”, menandakan tiada lagi peranti yang akan diperkenalkan dengan nama Galaxy S10.
Ini adalah berdasarkan ramalan seorang penganalisa industri yang mana siri “S” mungkin akan diganti dengan nama lain, siri “Galaxy X”.
Walaubagaimanapun, terdapat kesangsian mengenai perkhabaran ini kerana umum sudah mengetahui Samsung sedang membangunkan peranti dengan skrin boleh lipat yang juga menggunakan nama Galaxy X.
Siri Galaxy S dimulakan pada tahun 2009 dengan peranti yang menjalankan sistem operasi Android 1.5 Cupcake, iaitu Samsung Galaxy i7500, dituruti dengan Galaxy S, Galaxy S2,Galaxy S3,Galaxy S4,Galaxy S5,Galaxy S6/S6 Edge,Galaxy S7/S7 Edge ,Galaxy S8/S8+, dan bakal disertai dua lagi peranti baru, Samsung Galaxy S9 dan S9+.
Sumber: Tekz24