Jemputan Media Ke Pelancaran Samsung Galaxy S9

Samsung Electronics telah pun mengedarkan jemputan untuk pihak media untuk majlis pelancaran peranti terbaru mereka, Galaxy S9. Tema yang dipilih Samsung bagi majlis pelancaran tersebut adalah "The Camera." "Reimagined."



Samsung dilihat akan memberikan penekanan terhadap kemampuan kamera peranti telefon pintar mereka selari dengan khabar angin kami sebelum ini yang mengandaikan sensor terbaru Samsung dipasang ke dalam peranti Galaxy S9 mereka.

Majlis pelancaran yang diberi nama Galaxy Unpacked itu akan berlangsung pada jam 12 p.m. EST pada 25 Febuari 2018 di Mobile World Congress (MWC), Barcelona.