Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Gift Card_

Mulai 15 Jun, Kad Hadiah Google Play Tidak Lagi Tersedia Di Malaysia

Diterbitkan Jun 3, 2025 ยท Dikemas kini Jun 3, 2025 oleh Amalina Athman

Google memaklumkan bahawa Play Gift Cards atau Kad Hadiah Google Play tidak lagi tersedia untuk pembelian di Malaysia, bermula 15 Jun 2025.

Walaupun begitu, pengguna masih boleh menebus Kad Hadiah yang dibeli sebelum tarikh tersebut dan menggunakan baki prabayar Play sehingga 31 Januari 2026.

Selepas 31 Januari 2026, semua baki yang tidak digunakan akan luput dan tidak lagi sah untuk sebarang transaksi atau pemulangan wang.

Bagi mengelakkan kerugian, pengguna disarankan untuk menghabiskan baki tersebut sebelum tarikh akhir. Jika baki tidak mencukupi untuk membeli sesuatu item di Google Play Store, pengguna juga boleh menggabungkannya dengan kaedah pembayaran lain seperti kad debit, kad kredit atau e-dompet.

Sementara itu, bagi pengguna yang masih menetapkan Baki Google Play sebagai kaedah pembayaran utama untuk langganan, pastikan kaedah pembayaran dikemas kini untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan.

Antara kaedah pembayaran lain yang disediakan Google Play termasuk e-dompet, kad kredit dan debit, pengebilan telefon mudah alih serta perbankan dalam talian FPX.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Masih Guna Google Macam Tahun 2015? Dah Tiba Masa Untuk Cuba AI Mode
  • Google Dedah Cara Gen Z Pilih Dan Percaya Berita Hari Ini
  • 'Swipe Atau Tap'? Google Sedang Uji Fungsi Jawab Panggilan Yang Lebih Mudah

Sumber: Google (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY