Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Series 1

Selepas 9 Tahun Dilancarkan, Siri Pertama Jam Pintar Apple Kini Disenarai Sebagai Produk Usang

Diterbitkan Ogos 6, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas diperkenalkan pada tahun 2016 dahulu, jam pintar Apple Watch Series 1 kini disenaraikan sebagai produk usang.

Ini bermakna pengguna tidak lagi mendapat sokongan atau servis pembaikan, kerana Apple dan penyedia servis tidak akan menyimpan alat ganti bagi produk yang sudah dihentikan jualannya lebih daripada tujuh tahun.

Walaupun dinamakan Series 1, jam ini sebenarnya adalah model generasi kedua yang dilancarkan pada 2016, selepas Apple Watch asal pada 2015.

Apple Watch Series 1 dalam warna Rose Gold
Apple Watch Series 1 tersedia dalam kes aluminium bersaiz 38mm dan 42mm dalam pilihan warna gold, rose gold atau space gray yang dipadankan bersama Sport Band.

Siri jam pintar terbaru ketika ini adalah Apple Watch Series 10.

Jadi, bukanlah aneh produk ini disenaraikan sebagai usang kerana Apple sejak dahulu lagi telah mengklasifikasikan produk mereka sebagai vintaj dan usang apabila produk itu sudah berusia 5 dan 7 tahun selepas ia terakhir diedarkan untuk jualan.

Produk vintaj masih boleh dibaiki di kedai runcit Apple dan oleh AASP (Apple Authorized Service Providers) jika bahagian yang diperlukan tersedia.

Tetapi produk yang usang tidak lagi boleh dibaiki atau diganti perkakasannya yang rosak.

Berkaitan

  • iPhone Pertama Dengan Dwi-Kamera Belakang Kini Jadi Produk Vintaj
  • Rasmi, Kaiju No. 8 The Game Akan Dilancarkan Pada 31 Ogos Ini
  • Ini Cara Tukar Tarif ToU Melalui Portal myTNB

Sumber: Apple Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY