Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaiju No. 8 The Game

Rasmi, Kaiju No. 8 The Game Akan Dilancarkan Pada 31 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 6, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas diumumkan projek pembangunannya pada Jun tahun lalu, Akatsuki Games, TOHO, dan Production I.G hari ini mengumumkan bahawa permainan mudah alih Kaiju No. 8 The Game akan dilancarkan pada 31 Ogos 2025 ini untuk peranti iOS dan Android.

Berdasarkan siri anime dan manga popular Kaiju No. 8, permainan ini telah mencatatkan kejayaan awal selepas merekodkan lebih daripada 850,000 pra-pendaftaran di seluruh dunia.

Semua pemain yang mendaftar awal akan menerima 10 tiket Gacha percuma serta watak khas “[Blade Specialist] Soshiro Hoshina” apabila permainan ini dilancarkan nanti.

Kaiju No. 8 The Game

Visual dan treler terbaharu permainan ini turut dilancarkan yang memberi gambaran lebih jelas tentang watak, aksi pertarungan, dan suasana dunia dalam permainan yang padat dengan raksasa dan unit khas pertahanan Kaiju.

Menariknya, permainan ini turut akan hadir di platform PC menerusi Steam serta sokongan penuh pelbagai bahasa, termasuklah Bahasa Inggeris, Perancis, Jepun, Korea dan Cina Tradisional untuk menjangkau pemain global dari hari pertama pelancarannya.

Kaiju No. 8 berkisarkan tentang watak utamanya, Kafka Hibino yang boleh bertukar menjadi raksasa dikenali sebagai No. 8. Tapi pada masa yang sama dia menyertai pasukan pemusnah raksasa, The Defense Force bagi melindungi manusia.

Siri anime Kaiju No. 8 telah pun memasuki musim ke-2 yang kini sedang ditayangkan di Netflix.

Siri manganya pula baru sahaja berakhir pada 18 Julai 2025 lalu selepas 5 tahun ia diterbitkan menerusi Shonen Jump+.

Ketahui lebih lanjut tentang Kaiju No. 8 The Game dengan layari portal KAIJU NO. 8 THE GAME Official Website.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) Simulasi Tunjukkan 'Rupa' Kelajuan ISS Ketika Mengorbit Bumi
  • Ferrari Mungkin Intai Teknologi Xiaomi Untuk Bangunkan 'Supercar EV' Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY