Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Elektrik

Ini Cara Tukar Tarif ToU Melalui Portal myTNB

Diterbitkan Ogos 6, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 6, 2025 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan jadual elektrik baharu berkuat kuasa 1 Julai 2025.

Sebagai sebahagian daripada Penstrukturan Semula Tarif Elektrik, TNB telah memperkenalkan skim Time of Use (ToU) kepada pengguna Voltan Rendah Domestik dan Bukan Domestik.

Buat pengetahuan, Skim ToU merupakan satu pilihan kepada pengguna yang menawarkan kadar tarif berbeza antara waktu puncak dan luar puncak, berbanding tarif am. Skim ini membolehkan pengguna menikmati kadar tarif lebih rendah semasa waktu luar puncak.

ToU TNB_2

Pengguna disarankan menggunakan Kalkulator Bil untuk mempertimbangkan sama ada skim ToU sesuai berdasarkan corak penggunaan elektrik.

Untuk membuat perbandingan, pilih jenis tarif (Am atau ToU), isikan penggunaan bulanan (kWj) serta anggaran penggunaan semasa waktu puncak (%). Klik “Kira” untuk melihat anggaran bil, seterusnya merancang penggunaan dengan lebih bijak.

ToU TNB_0

Cara tukar tarif melalui portal myTNB

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa setiap penukaran tarif akan melibatkan pembaharuan kontrak dan dikenakan duti setem sebanyak RM10.

Selain itu, penukaran tarif hanya boleh dibuat oleh pemegang akaun berdaftar sahaja. Berikut ialah langkah-langkah untuk menukar kepada tarif ToU melalui portal myTNB.

1. Log masuk portal TNB dan klik “Switch to ToU”.

ToU mytnb_1

2. Pilih akaun yang ingin ditukarkan kepada skim ToU.

ToU mytnb_2

3. Fahami keperluan dokumen untuk permohonan ToU, zon masa ToU serta tempoh pemprosesan. Klik “Start Application”.

ToU mytnb_3

4. Di bawah butiran untuk dihubungi, maklumat akan diisi secara automatik. Semak dan sahkan maklumat tersebut, kemudian klik “Save and Proceed”.

ToU mytnb_4

5. Di halaman “Payment History”, pastikan semua bayaran tertunggak telah diselesaikan (jika ada).

ToU mytnb_5

6. Pada halaman “Other Information”, isi butiran premis dan tarif dengan lengkap. Di bahagian “Eligible Tariff to Apply” pilih Time of Use (ToU) dan klik “Save and Proceed”.

ToU mytnb_6

7. Muat turun dan semak borang permohonan. Seterusnya, muat naik dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis pelanggan – Domestik atau Bukan Domestik.

ToU mytnb_8

9. Semak terma dan syarat. Jika bersetuju, klik “Submit”.

ToU mytnb_9

Bila tarif ToU akan mula berkuat kuasa?

Menurut TNB, tarif ToU akan berkuat kuasa dalam tempoh 5 hari bekerja bagi pelanggan yang telah menggunakan dan mengaktifkan meter pintar.

Bagi pelanggan yang belum menggunakan meter pintar atau meter pintar masih belum diaktifkan, TNB akan menjalankan proses penukaran dan penaiktarafan meter selepas permohonan diterima. Dalam kes ini, tarif ToU akan berkuat kuasa dalam tempoh dua bulan, bergantung kepada proses tersebut.

Berkaitan

  • Aplikasi myTNB Akan Integrasi MyDigital ID Sebagai Pilihan Log Masuk
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km
  • Pengguna Domestik Terima Rebat Elektrik Ogos Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY