Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 6 Bulan Pelancaran, Siri iPhone 16 Akan Tersedia Di Indonesia Mulai 11 April

Selepas 6 Bulan Pelancaran, Siri iPhone 16 Akan Tersedia Di Indonesia Mulai 11 April

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan tarikh rasmi pelancaran siri iPhone 16 untuk pasaran Indonesia, selepas negara itu menarik balik sekatan jualan berikutan rancangan pelaburan Apple yang melebihi $300 juta.

Barisan iPhone 16 yang terdiri daripada iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max, iPhone 16, iPhone 16 Plus, dan iPhone 16e, akan tersedia di Indonesia mulai 11 April 2025 melalui pengedar sah Apple.

Selepas 6 Bulan Pelancaran, Siri iPhone 16 Akan Tersedia Di Indonesia Mulai 11 April
Selepas 6 Bulan Pelancaran, Siri iPhone 16 Akan Tersedia Di Indonesia Mulai 11 April
Selepas 6 Bulan Pelancaran, Siri iPhone 16 Akan Tersedia Di Indonesia Mulai 11 April

Pengumuman ini menandakan bahawa Apple telah memperoleh permit import – halangan terakhir dalam proses kelulusan.

Sebelum ini, model iPhone 16 juga telah mendapat kelulusan permit telekomunikasi, serta pensijilan kandungan komponen tempatan (TKDN) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perindustrian Indonesia dengan kadar piawaian sebanyak 40%, melebihi keperluan minimum semasa sebanyak 35%.

Bagi yang belum mengetahui, Indonesia telah menyekat jualan iPhone 16 sejak Oktober tahun lalu selepas Apple gagal memenuhi keperluan kandungan domestik 40% untuk telefon pintar di negara itu.

Sekatan ini menimbulkan kebimbangan mengenai bahagian pasaran Apple di Indonesia, yang merupakan salah satu pasaran terbesar di Asia Tenggara. Namun, dengan komitmen pelaburan dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan, Apple kini dapat melancarkan siri iPhone 16 secara rasmi di pasaran Indonesia.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Indonesia Denda Google Lebih RM54 Juta Kerana Amalan Perniagaan Tidak Adil
  • Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran iPhone Di Indonesia
  • Indonesia Keluarkan Permit Telekomunikasi Untuk Lima Model iPhone 16

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY