Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wisermy 2

Indonesia Keluarkan Permit Telekomunikasi Untuk Lima Model iPhone 16

Diterbitkan Mac 14, 2025 · Dikemas kini Mac 14, 2025 oleh Amalina Athman

Indonesia telah mengeluarkan permit telekomunikasi untuk lima model iPhone 16 dari Apple, menurut Kementerian Komunikasi pada Jumaat. Langkah ini bakal membuka jalan bagi penjualannya setelah dikenakan sekatan domestik sejak tahun lalu.

Permit tersebut dikeluarkan seminggu selepas Indonesia mengesahkan sijil kandungan tempatan untuk 20 produk Apple, termasuk iPhone 16.

Lima sijil telekomunikasi yang diberikan adalah untuk iPhone 16e, iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, dan iPhone 16 Pro Max.

Pengeluaran permit itu susulan pengumuman bulan lalu mengenai pelaburan lebih daripada $300 juta oleh Apple di Indonesia, termasuk pembinaan kilang komponen untuk produknya serta pusat penyelidikan dan pembangunan.

Walau bagaimanapun, Kementerian Perindustrian Indonesia memaklumkan bahawa Apple masih perlu mendapatkan permit import daripada Kementerian Perdagangan sebelum iPhone 16 boleh dijual secara rasmi di pasaran negara itu.

Sebagai imbasan, Indonesia, negara Asia Tenggara dengan kira-kira 280 juta penduduk, telah melarang penjualan iPhone 16 tahun lalu selepas Apple gagal memenuhi 40% keperluan kandungan domestik untuk telefon pintar dan tablet.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Jualan iPhone 16 Masih Dihalang Di Indonesia, Ini Sebabnya
  • Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran iPhone Di Indonesia
  • Indonesia, Apple Dilapor Capai Persetujuan Tarik Balik Sekatan Jualan iPhone 16

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY