Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wiser

Indonesia, Apple Dilapor Capai Persetujuan Tarik Balik Sekatan Jualan iPhone 16

Diterbitkan Februari 25, 2025 ยท Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh Amalina Athman

Indonesia dan Apple dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menarik balik sekatan jualan iPhone 16 di negara itu.

Kementerian Perindustrian, yang bertanggungjawab menguatkuasakan sekatan tersebut, turut dijangka menandatangani memorandum perjanjian dengan Apple seawal minggu ini.

Menurut laporan Bloomberg yang memetik sumbernya, satu sidang media akan diadakan, dan kementerian itu juga berhasrat untuk mengeluarkan permit bagi membolehkan penjualan iPhone 16 secepat mungkin.

Keputusan ini dijangka menamatkan pertikaian yang bermula pada Oktober lalu selepas Indonesia enggan mengeluarkan permit penjualan iPhone 16, dengan alasan syarikat itu gagal memenuhi syarat 40% komponen tempatan untuk telefon pintar.

Sejak itu, Apple berjanji untuk melabur AS$1 bilion (~RM4.5 bilion) di Indonesia, satu tawaran yang diarahkan oleh Presiden Prabowo Subianto agar diterima oleh menterinya. Namun, pada bulan lalu, Kementerian Perindustrian secara mengejut mengekalkan sekatan tersebut bagi mendapatkan hasil rundingan yang lebih baik.

Selain pelaburan AS$1 bilion, Apple juga akan melatih tenaga kerja tempatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan produk syarikat itu, bagi membolehkan mereka membangunkan perisian serupa serta mencipta produk sendiri.

‘Kemenangan’ bagi Indonesia

Sekiranya perjanjian itu ditandatangani kelak, ia merupakan satu kemenangan bagi Indonesia. Pendekatan tegasnya berjaya memaksa gergasi teknologi global meningkatkan pelaburan bagi membangunkan produk di negara itu serta merangsang sektor pembuatan tempatan, dan bukan sekadar menjadikannya sebagai hab jualan.

Sebelum ini, kerajaan Indonesia menyatakan bahawa Apple hanya melabur sekitar AS$95 juta di negara itu.

Berbalik kepada konteks, walaupun kedua-dua pihak telah bersetuju dengan syarat penarikan semula sekatan tersebut, perjanjian itu masih berisiko untuk gagal. Tambahan pula, Indonesia sebelum ini pernah menarik balik keputusannya.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • "Angka Pelaburan $1 Bilion Itu Kecil, Tidak Mencukupi" - Menteri Perindustrian Indonesia
  • Jualan iPhone 16 Masih Dihalang Di Indonesia, Ini Sebabnya
  • Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran iPhone Di Indonesia

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY