Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 50 Tahun, Kiub Rubik Berevolusi Dengan 24 Skrin Sentuh

Selepas 50 Tahun, Kiub Rubik Berevolusi Dengan 24 Skrin Sentuh

Diterbitkan September 29, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas pertama dicipta pada 1974 dahulu, Kiub Rubik kembali dengan wajah baharu yang futuristik yang dikenali sebagai WOWCube.

Diperkenalkan oleh Cubios bersama Spin Master, alat ini menggabungkan elemen permainan klasik dengan teknologi pintar moden yang dilengkapi dengan 24 skrin digital.

Malah ia dipacu 8 pemproses autonomi, menjadikan WOWCube bukan sekadar permainan, tetapi platform interaktif pelbagai guna.

Pengguna boleh bermain permainan seperti Arkanoid, RPG, atau aplikasi pendidikan STEM hanya dengan memiring, mengetuk, dan memutar kiub tersebut.

Selepas 50 Tahun, Kiub Rubik Berevolusi Dengan 24 Skrin Sentuh
Dari konsep, WOWCube®kini menjadi realiti hasil idea Ilya Osipov yang bermula pada 2017 dulu.

Ia turut dilengkapi dengan sambungan Bluetooth, Wi-Fi, mikrofon, pembesar suara, dan bateri 3,600mAh yang menyokong pengecasan pantas.

WOWCube juga boleh berfungsi sebagai lampu malam, pengecas telefon, dan pusat aplikasi harian.

Reka bentuk modular membolehkan skrin diganti secara kendiri, manakala tali silikon melindungi sudut kiub.

Melalui sokongan aplikasi WOWCube Connect dan WOW Studio, pengguna boleh memuat turun atau mencipta permainan tanpa perlu menulis kod.

Versi WOWCube 2.0 dengan skrin sentuh sedang dibangunkan, bersama ciri AI seperti teman digital Octopus.

WOWCube dijadualkan akan dilancarkan secara dalam bulan Oktober ini semasa New York Comic Con pada harga USD299 (~RM1,410) di mana anda sudah boleh mendaftar dalam senarai menunggu.

Selepas 50 Tahun, Kiub Rubik Berevolusi Dengan 24 Skrin Sentuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Robot Mitsubishi Cipta Rekod Dunia Guinness Selesaikan Kiub Rubik Kurang Dari 0.5 Saat
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • PahangGo Diiktiraf Aplikasi Perkhidmatan Dengan Ciri Terbanyak Di Malaysia

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY