Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Robot Mitsubishi Cipta Rekod Dunia Guinness Selesaikan Kiub Rubik Kurang Dari 0.5 Saat

Robot Mitsubishi Cipta Rekod Dunia Guinness Selesaikan Kiub Rubik Kurang Dari 0.5 Saat

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh ariff bukhari

Mitsubishi Electric Corporation mengumumkan bahawa mereka telah dianugerahkan pemegang Rekod Dunia Guinness untuk robot terpantas menyelesaikan kiub rubik dengan menggunakan robot yang dilengkapi dengan peralatan automasi kilang (FA) berketepatan tinggi dan teknologi kawalan berkelajuan tinggi.

Robot itu berjaya mencatatkan masa sepantas 0.305 saat sekali gus mengatasi rekod sebelumnya 0.38 saat.

Robot Mitsubishi Cipta Rekod Dunia Guinness Selesaikan Kiub Rubik Kurang Dari 0.5 Saat
Pasukan jurutera muda Mitsubishi ini secara sukarela berusaha untuk mencipta rekod dunia ini.

Robot yang dinamakan sebagai TOKUFASTbot (Robot Pengujian gerakan Segerak Tepat Pantas TOKUI) itu boleh melakukan masa putaran 90° selama 0.009 saat yang dipacu motor servo padat, berkuasa tinggi, responsif isyarat dan mengecam warna menggunakan algoritma pengecaman yang dibangunkan dengan teknologi AI.

Program algoritma AI yang baru dibangunkan itu telah dilatih untuk mengecam dan memadankan warna dengan tepat, walaupun kedudukan atau bayang robot itu sendiri mengaburi sistem kameranya.

Mitsubishi menyatakan bahawa ini amat sukar dicapai untuk blok merah dan oren, memandangkan warnanya yang serupa.

Setelah dikenal pasti, program ini hampir serta-merta mengira bilangan pergerakan terpendek yang diperlukan untuk memadankan warna blok.

Selain itu, motor servo, pengawal boleh atur cara, penggunaan PC tahap industri, paparan panel sentuh dan kamera semuanya direka untuk mencapai sambungan isyarat berkelajuan tinggi dan kawalan antara peranti.

Rekod Dunia Guinness penyelesai kiub rubik terpantas yang berjaya diselesaikan manusia setakat ini adalah sepantas 3.13 saat yang dipegang oleh Max Park pada Jun 2023 dahulu.

Berkaitan

  • Bateri Dari Lemon Cipta Rekod Dunia Guinness Baru
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • iPad Pro, iPad Air Baharu Kini Tersedia Di Malaysia - Harga Bermula RM2,999

Sumber: Guinness World Record, Mitsubishi Electric

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY