Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2025-09-27 at 17.37.12

PahangGo Diiktiraf Aplikasi Perkhidmatan Dengan Ciri Terbanyak Di Malaysia

Diterbitkan September 29, 2025 oleh ariff bukhari

Aplikasi PahangGo mencatat sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai aplikasi kerajaan negeri di Malaysia dengan ciri perkhidmatan mudah alih terbanyak.

Pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail sempena Persidangan S-GLC Negeri Pahang 2025, di Bertam Resort & Water Park, Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2025-09-27 at 17.37.34

PahangGo menawarkan pelbagai kemudahan seperti pembayaran cukai tanah, parkir, bil utiliti dan kini memperluas fungsi ke arah urusan zakat dan wakaf secara dalam talian melalui kerjasama dengan Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Inisiatif ini menyokong aspirasi Pahang1st yang berteraskan pendekatan mesra rakyat.

Kerajaan negeri itu turut merancang pelancaran e-dompet Pahang menjelang hujung tahun ini, dengan cadangan pertandingan menamakan aplikasi tersebut.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Stesen Pengecasan EV Terpantas Kini Di KL Eco City, Kuasa Sehingga 350kW
  • Huawei Jadi Rakan Teknologi Utama U Mobile Percepat Inovasi 5G-A Dan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
©2026 WISER.MY