Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 48 Tahun, Perjalanan Voyager 1 Masih Belum Cecah 1 Hari Cahaya

Selepas 48 Tahun, Perjalanan Voyager 1 Masih Belum Cecah 1 Hari Cahaya

Diterbitkan Ogos 15, 2025 · Dikemas kini Ogos 15, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 5 September 1977, Voyager 1 dilancarkan oleh NASA dengan misi bersejarah iaitu untuk meneroka luar sistem suria dan seterusnya menjelajah ke ruang antara bintang (interstellar space).

Kini, selepas 48 tahun mengembara tanpa henti, ia telah menjadi objek buatan manusia yang paling jauh berada dari Bumi.

Namun, jika diukur menggunakan unit astronomi “hari cahaya” (light-day), pencapaiannya masih belum pun sampai satu hari cahaya dari Bumi.

1-PIA26353-1-voyager spacecraft speeding through space (illustration)
Voyager 1 mencapai ruang antara bintang pada bulan Ogos 2012 dan merupakan objek buatan manusia yang wujud paling jauh dari Bumi ketika ini.

Berapa Jauh Sebenarnya Satu Hari Cahaya?

Seehari cahaya adalah jarak yang dilalui oleh cahaya dalam tempoh 24 jam.

Cahaya bergerak pada kelajuan 300,000 km/saat, dan dalam masa sehari yang bersamaan dengan 86,400 saat,  ia akan menempuh jarak kira-kira sejauh 25.9 bilion kilometer.

Dalam istilah astronomi, ini hanyalah ~173 unit astronomi (AU) di mana 1 AU bersamaan jarak purata Bumi ke Matahari (~150 juta km).

1 saat cahaya

Berdasarkan semakan status kedudukan semasa Voyager 1 yang terkini, ia kini berada pada jarak sekitar 167 AU (~24.98 bilion km) dari Bumi.

Ini bermakna, ia belum pun cecah 1 hari cahaya walaupun 48 tahun sudah meneroka angkasa lepas pada kelajuan tinggi.

Dengan kelajuan Voyager 1 sekitar 17 km/saat (~61,200 km/jam), prob angkasa itu masih memerlukan lebih 2 tahun lagi untuk mencapai jarak satu hari cahaya penuh dari Bumi.

Selepas 48 Tahun, Perjalanan Voyager 1 Masih Belum Cecah 1 Hari Cahaya

Jadi, dengan kelajuan Voyager 1 sekarang yang mampu mengelilingi Bumi dalam masa kurang 45 minit dianggap mengagumkan pada skala manusia, ia sebenarnya adalah pergerakan perlahan yang sama seperti siput pada skala kosmik.

Ini menunjuk betapa skala jarak antara bintang adalah jutaan kali lebih jauh dengan ukuran cahaya.

1 hari cahaya

Sebagai perbandingan, destinasi bintang terdekat dengan sistem suria adalah Proxima Centauri yang terletak kira-kira 4.2 tahun cahaya (~38.62 trilion kilometer) dari Bumi.

Dengan kelajuan Voyager 1 itu, perjalanan ke sana dianggarkan akan mengambil masa lebih 70,000 tahun.

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah betapa luasnya alam semesta ini di mana Bumi kita ibarat sebutir pasir dan kita pula manusia hanyalah sehalus debu.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China
  • Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya

Sumber: NASA Science 1, NASA Science 2

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY