Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 25 Tahun Bisu, Wanita Ini Kembali Bersuara Dengan Bantuan AI

Selepas 25 Tahun Bisu, Wanita Ini Kembali Bersuara Dengan Bantuan AI

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh ariff bukhari

Seorang wanita Britain bernama Sarah Ezekiel, yang hilang suara akibat penyakit motor neurone disease (MND) sejak 25 tahun lalu, kini dapat bercakap semula menggunakan suara asalnya, hasil bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Hanya berbekalkan rakaman lapan saat dari video lama, pakar dengan menggunakan perisian AI ElevenLabs, membina semula suaranya yang asli, lengkap dengan loghat London dan sedikit pelat.

Sarah, seorang artis, sebelum ini hanya berkomunikasi dengan suara komputer yang tidak menyerupai dirinya.

Anak-anaknya juga tidak pernah mendengar suara sebenar ibunya sehinggalah kini.

Inovasi ini sekali gus membuka harapan kepada pesakit MND lain yang kehilangan suara asli mereka.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Selepas 48 Tahun, Perjalanan Voyager 1 Masih Belum Cecah 1 Hari Cahaya
  • AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY