Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
max malaysia_november

Max Akan Tiba Di Malaysia November Depan

Diterbitkan Oktober 15, 2024 · Dikemas kini Oktober 15, 2024 oleh Amalina Athman

Warner Bros. Discovery (WBD) secara rasmi kini mengumumkan perkhidmatan penstriman Max akan dilancarkan di tujuh negara, termasuk Malaysia, pada 19 November 2024.

Max Malaysia November

Khabar gembira ini hadir selepas beberapa minggu WBD mengesahkan platform penstriman itu akan diperluaskan di Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan. Sementara di Malaysia, laman web Max telah mula diaktifkan sejak awal Oktober lalu.

Buat pengetahuan, Max merupakan perkhidmatan penstriman yang menawarkan sejumlah kandungan daripada HBO, Harry Potter, DC Universe, Cartoon Network, Warner Bros. Discovery dan lain-lain.

Menerusi halaman FAQ Max, ia menyatakan semua pelanggan HBO GO akan menerima akses Max. Apabila dilancarkan kelak, pengguna boleh muat turun aplikasi Max dan log masuk dengan menggunakan e-mel dan kata laluan akaun HBO GO.

Dari segi harga, syarikat itu berkata ia mungkin berbeza mengikut pembekal dan pelan langganan. Bagi mengetahui segala butiran termasuk harga dan pelan langganan, nantikan pelancaran pada 19 November 2024.

Berkaitan

  • Gantikan HBO GO, Max Akan Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi
  • Laman Web Platform Penstriman Max Mula Diaktifkan Di Malaysia
  • Filipina Kenakan Cukai 12% Ke Atas Platform Penstriman
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: Max

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY