Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MLFF_Green Packet

Rundingan Tamat, Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang Akan Dibawa Ke Kabinet

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Kerja Raya (KKR) akan membawa Kertas Jemaah Menteri mengenai hala tuju pelaksanaan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) ke Kabinet pada Januari depan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata langkah itu diambil susulan KKR telah mengeluarkan surat kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dalam projek MLFF bahawa rundingan terbabit tidak akan diteruskan.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan halangan utama pelaksanaan sistem tol tanpa palang adalah kesukaran memuktamadkan struktur tadbir urusnya.

Ia membabitkan banyak pihak, terutamanya untuk mendapatkan persetujuan daripada syarikat konsesi lebuh raya, selain berdepan cabaran merangka Rang Undang-Undang (RUU) bagi pelaksanaan sistem tol berkenaan.

Dilaporkan sebelum ini, 13 daripada 33 syarikat konsesi lebuh raya juga tidak bersetuju untuk melaksanakan sistem MLFF.

Untuk rekod, kerajaan melalui KKR berhasrat untuk memperkenalkan konsep sistem tol tanpa palang dalam usaha menambah baik sistem kutipan tol.

Melalui sistem itu kelak, pengguna tidak perlu lagi memberhentikan atau memperlahankan kenderaan ketika membuat pembayaran tol, seperti yang dilaksanakan di Indonesia, Thailand dan Singapura.

Berkaitan

  • Sistem Tol MLFF Dijangka Dapat Dilaksanakan Pada 2025 - KKR
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Pemasangan Garisan Jalan 'Glow In The Dark' Mungkin Tidak Diteruskan - Ahmad Maslan
  • 13 Syarikat Konsesi Tol Tidak Setuju Dengan Cadangan Tol Tanpa Palang, Ini Mungkin Sebabnya

Sumber: BERNAMA TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY