Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Sekitar 300TB Data Muzik Tersebar, Spotify Ambil Langkah Perlindungan

Diterbitkan Disember 23, 2025 · Dikemas kini Disember 23, 2025 oleh Amalina Athman

Spotify mengesahkan ia telah melaksanakan langkah perlindungan susulan pengumuman kumpulan aktivis cetak rompak, Anna’s Archive, yang mendakwa telah memperoleh 86 juta fail muzik dari platform itu.

Kumpulan tersebut berkata sandaran Spotify itu turut merangkumi 256 juta metadata lagu dan dirancang untuk diedarkan melalui rangkaian P2P dalam bentuk torrent bersaiz besar dengan jumlah keseluruhan sekitar 300TB.

“Spotify mempunyai kira-kira 256 juta trek lagu. Koleksi ini mengandungi metadata untuk anggaran 99.9% daripada semua lagu. Kami telah membuat sandaran kira-kira 86 juta lagu dari Spotify, disusun mengikut populariti secara menurun. Walaupun ini hanya mewakili 37% daripada jumlah lagu, ia merangkumi sekitar 99.6% daripada jumlah pendengar,” menurut dakwaan Anna’s Archive.

Difahamkan, setakat ini hanya metadata sahaja telah dikeluarkan, yang merangkumi gambar album, tajuk lagu dan nama artis.

Anna’s Archive, yang biasanya menumpukan kepada buku dan kertas penyelidikan, berkata projek ini adalah sebahagian daripada misi mereka untuk “memelihara pengetahuan dan budaya manusia” dan menggambarkan pengambilan data Spotify sebagai usaha untuk mewujudkan arkib muzik yang terutamanya bertujuan untuk pemeliharaan.

Dalam kenyataan kepada Billboard, Spotify berkata pihaknya telah mengenal pasti dan menyahaktifkan akaun pengguna berniat jahat yang terlibat dalam pengambilan data secara haram.

“Kami telah melaksanakan langkah perlindungan baharu untuk jenis serangan yang melanggar hak cipta ini dan sentiasa memantau aktiviti mencurigakan. Sejak hari pertama, kami berdiri bersama komuniti artis menentang cetak rompak, dan kami sedang bekerjasama dengan rakan industri untuk melindungi pencipta dan mempertahankan hak mereka,” kata wakil Spotify.

Berkaitan

  • Pengguna Kini Boleh Akses Spotify Terus Dalam ChatGPT
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pengguna Spotify Kini Boleh Akses 'Wrapped 2025'
  • Spotify Perkenal 'Prompted Playlist' - Cipta Senarai Main Ikut Arahan Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY