Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BSN Bank Simpanan Nasional_2

Sejumlah Perkhidmatan BSN Akan Tergendala Sementara Hujung Minggu Ini

Diterbitkan Oktober 22, 2025 · Dikemas kini Oktober 22, 2025 oleh Amalina Athman

Bank Simpanan Nasional (BSN) memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan perbankannya akan tergendala sementara pada hujung minggu ini bagi memberi laluan kepada aktiviti penyelenggaraan sistem berjadual.

Menurut BSN, penyelenggaraan ini dijalankan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan prestasi sistem perkhidmatannya.

Sepanjang tempoh penyelenggaraan, sejumlah perkhidmatan BSN tidak dapat digunakan buat sementara waktu, antara 10:45 malam, 24 Oktober (Jumaat) hingga 6:00 pagi, 26 Oktober 2025 (Ahad), bergantung kepada jenis perkhidmatan. Berikut merupakan senarai perkhidmatan yang terjejas:

BSN 24 Oktober_2

Dalam tempoh ini, perkhidmatan ATM, CDM serta kad debit BSN tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Walau bagaimanapun, transaksi kad kredit BSN di mesin pembayaran kedai atau premis runcit tidak terjejas dan akan berfungsi seperti biasa.

Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna disarankan merancang urusan perbankan lebih awal dan menyelesaikan sebarang urusan penting sebelum penyelenggaraan bermula.

Berkaitan

  • Tiada Lagi SMS OTP, Transaksi Kad Bank Islam Guna BIMB Secure Mulai 15 Julai
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Bank Islam Kini Sokong Google Pay Di Malaysia
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY