Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bank islam google pay

Bank Islam Kini Sokong Google Pay Di Malaysia

Diterbitkan September 13, 2025 oleh Amsyar Latif

Bank Islam Malaysia Berhad kini menyokong Google Pay, membolehkan pemegang kad Mastercard Debit dan Kredit menambah kad mereka ke dalam aplikasi Google Wallet untuk pembayaran tanpa sentuh.

Dengan ciri ini, pengguna hanya perlu menggunakan telefon pintar atau jam pintar Android mereka tanpa perlu mengeluarkan kad fizikal.

Menariknya, Bank Islam turut menawarkan ganjaran tambahan TruPoints untuk pemegang kad Mastercard Credit Card-i yang menggunakan Google Pay atau Samsung Pay sepanjang tempoh kempen.

Bank Islam Kini Sokong Google Pay Di Malaysia

Sokongan ini juga selari dengan langkah bank-bank utama lain di Malaysia yang telah memperkenalkan Google Pay lebih awal.

Dengan penambahan Bank Islam, lebih ramai pengguna kini boleh menikmati pengalaman pembayaran digital yang lebih mudah, selamat dan pantas.

Rujuk SINI untuk senarai penuh bank di Malaysia yang menyokong Google Pay.

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Google Pay Kini Sokong TNG eWallet, ShopeePay
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
©2026 WISER.MY