Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone

Sebilangan Pengguna iPhone 17 Pro Lapor Bunyi Pembesar Suara Seperti “Radio Lama” Semasa Dicas

Diterbitkan Disember 31, 2025 oleh Amalina Athman

Beberapa pengguna iPhone 17 Pro dan Pro Max melaporkan masalah pembesar suara yang mengeluarkan bunyi statik atau desisan semasa peranti dicas.

Menurut MacRumors, perbincangan di Reddit, forum MacRumors, dan Apple Support Community menunjukkan bunyi tersebut digambarkan seperti “radio lama”.

Sesetengah pengguna mendengar bunyi ini ketika memainkan audio dan memperlahankan kelantangan (volume), manakala yang lain mengesannya walaupun tiada apa-apa dimainkan.

Dalam beberapa kes, bunyi desisan yang perlahan turut kedengaran semasa menatal laman web ketika iPhone dicas. Ada juga yang masih mendengar bunyi ini pada kelantangan rendah walaupun peranti tidak dicas.

 

Menurut kebanyakan laporan, bunyi ini agak perlahan, jadi ia mungkin merupakan masalah yang meluas tetapi hanya dapat dikesan oleh pengguna yang sensitif terhadap bunyi tersebut.

Setakat ini, pengguna yang melaporkan isu sejak September masih menghadapi masalah sama dengan iOS 26.2. Sesetengah pengguna berjaya menyelesaikan masalah dengan menukar iPhone kepada model baharu, namun bagi yang lain isu ini berterusan walaupun menukar beberapa peranti.

iOS 26.3 dijangka akan memperbaiki masalah ini apabila dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, tetapi setakat ini tiada bukti jelas menunjukkan penyelesaian telah tersedia.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Rasmi - 'Vapor Chamber', 8x Zum, Storan Sehingga 2TB, Harga Bermula RM5499
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Ini Senarai Telefon Android Dengan Rekaan Hampir Sama iPhone 17 Pro
  • Wi-Fi iPhone 17 Didapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY