Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro

Ini Senarai Telefon Android Dengan Rekaan Hampir Sama iPhone 17 Pro

Diterbitkan September 23, 2025 · Dikemas kini September 23, 2025 oleh ariff bukhari

Apple telah pun melancarkan model terbaru iPhone 17 Pro dan 17 Pro Max dengan harga bermula dari RM5,499.

Pada harga premium itu, tidak semua yang mampu memilikinya. Namun, keinginan untuk memilikinya pastinya ada.

Jadi, sebagai penyelesaian, ada beberapa alternatif yang ditawar dari pengeluar telefon pintar Android yang hadir dengan menawarkan rekaan telefon pintar mereka hampir menyerupai iPhone 17 Pro.

Tecno Spark 40

Tecno Spark 40

Tecno Spark 40 telah pun dilancarkan pada Julai 2025 lalu. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.67 (720 x 1600 resolusi ) dengan kadar segar 120Hz.

Dikuasakan MediaTek Helio G81 (12 nm) / G91 (NFC version), ia menjalankan sistem operasi Android 15 serta dimuatkan bateri berkapasiti 5200mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

Tecno Spark 40 1
Tecno Spark 40 dengan kamera 50MP.

Hadir dalam 4 varian dari storan dan RAM 128GB+8GB sehingga 256GB+16GB, namun ia hanya menyokong rangkaian 2G, 3G dan 4G sahaja.

Hanya tersedia untuk pasaran terpilih sahaja buat masa ini seperti di Pakistan,  Tecno Spark 40 hanya berharga dari PKR 32,999 (~RM561.00) sahaja.

Beli barisan produk Tecno dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzbb8
  • Lazada – https://invl.me/clmzbbf

realme P4 Pro

Realme P4 Pro

realme P4 Pro telah pun dilancarkan pada Ogos lalu di China dan kemudiannya ke pasaran India.

Ia dikuasakan cip  Snapdragon 7 Gen 4 dan dipadankan bersama pilihan RAM dan storan sehingga 12GB +256GB.

Ia dilengkapi skrin 6.8 inci ( 1280 x 2800) dengan kadar segar sehingga 144Hz. Selain itu, ia turut dilengkapi kamera utama 50MP dari Sony IMX896 dan kamera hadapan 50MP.

Ia juga dimuatkan dengan bateri besar 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

realme P4 Pro ditawarkan dengan harga bermula ₹24,999 (~RM 1,195.00) sahaja.

Beli barisan produk realme dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzbet
  • Lazada – https://invl.me/clmzbew

Xiaomi 17 Pro

Xiaomi 17 Pro yang bakal dilancarkan tidak lama lagi turut dimasukkan dalam senarai ini.

Cuma,  walaupun hadir dengan rekaan yang hampir sama, Xiaomi nampaknya lebih ke hadapan dengan menawarkan skrin kedua terbina di bahagian atas belakang telefon mereka ini.

 

Malah, Presiden Xiaomi sendiri membandingkan rekaan Xiaomi 17 Pro dengan iPhone 17 Pro.

Ini Senarai Telefon Android Dengan Rekaan Hampir Sama iPhone 17 Pro

Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri Xiaomi 17 pada 25 September ini.

Jadi, nantikan spesifikasi penuh dan ciri yang ada pada Xiaomi 17 Pro ini yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Beli barisan produk Xiaomi dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzbf0
  • Lazada – https://invl.me/clmzbf1

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iPhone Air Mahal Sangat? Ini Alternatif Untuk Anda
  • 'Malware' Menyamar Sebagai LastPass Sasar Pengguna Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY