Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BIMB Mobile_1

Sebelum Muat Turun, Ini Anda Perlu Tahu Mengenai Aplikasi BIMB Mobile

Diterbitkan November 21, 2024 · Dikemas kini November 22, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Islam secara rasmi hari ini telah pun melancarkan aplikasi serba baharu, iaitu BIMB Mobile.

Aplikasi ini merupakan versi naik taraf aplikasi GO by Bank Islam, dengan menampilkan antara muka moden, ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta ciri tambahan.

Namun, mungkin ada sebilangan pengguna yang masih keliru dan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan BIMB Mobile. Apa akan jadi kalau tak bertukar? Benarkah perlu ke ATM untuk pengaktifan BIMB Mobile? Ada cooling-off period atau tempoh bertenang?

Bagi menjawab persoalan tersebut, teruskan bacaan selanjutnya di bawah.

Kalau tak bertukar ke BIMB Mobile, apa akan jadi?

Pertamanya, perlu diketahui bahawa pengguna boleh terus menggunakan aplikasi GO by Bank Islam seperti biasa. Akses kepada aplikasi GO by Bank Islam hanya akan dihentikan menjelang akhir tahun 2025. Begitu juga dengan Perbankan Internet Bank Islam.

Untuk pengalaman perbankan yang lebih baik, pengguna disyorkan bertukar kepada BIMB Mobile dan BIMB Web, yang mana ia tidak ditukarkan secara automatik.

Ada tempoh bertenang ke kalau beralih kepada BIMB Mobile?

Tidak. Walau bagaimanapun, tempoh bertenang dikenakan jika pengguna sudah berada dalam tempoh bertenang daripada aplikasi Perbankan Internet Bank Islam atau GO by Bank Islam sebelumnya.

Betul ke kena aktifkan akses di ATM?

Perlu diketahui bahawa pengaktifan akses dalam talian di mesin ATM/CRM Bank Islam atau melalui kaunter cawangan Bank Islam hanya dikenakan JIKA:

  • Anda merupakan pengguna GO by Bank Islam sedia ada yang bertukar kepada BIMB Mobile menggunakan peranti yang berbeza.
  • Pendaftaran baharu BIMB Mobile atau BIMB Web.

Bermakna, sekiranya menggunakan peranti dan akaun yang sama seperti GO by Bank Islam, pengaktifan di mesin ATM tidak diperlukan lagi.

Pastikan juga aplikasi GO by Bank Islam sebelum itu telah dikemas kini kepada versi terkini.

Sokongan peranti

BIMB Mobile menyokong peranti yang menjalankan iOS 13.0 atau Android 10 dan lebih baharu.

Namun begitu, aplikasi ini tidak boleh digunakan pada peranti jail-broken atau root. 

Muat turun BIMB Mobile

Muat turun aplikasi BIMB Mobile boleh dilakukan melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Kemudian, log masuk menggunakan nama pengguna, sahkan imej keselamatan dan frasa, serta kata laluan seperti GO by Bank Islam.

Menurut Bank Islam, sebaik sahaja bertukar kepada BIMB Mobile dan BIMB Web, pengguna tidak akan dapat kembali ke platform GO dan Perbankan Internet Bank Islam.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Akhirnya Turuti Kehendak Pengguna, Aplikasi Bank Islam Bakal Berwajah Baharu
  • Pengguna Bank Islam Wajib Kemas Kini Aplikasi Kepada Versi Terbaru
  • Bank Islam Lancar Aplikasi, Perbankan Internet Baharu - BIMB Mobile & BIMB Web

Sumber: FAQ Bank Islam (1, 2, 3)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY