Tahun lalu, kami pernah melakukan tinjauan di mana rata-rata pengguna kurang berpuas hati dengan aplikasi Bank Islam. Bukan sahaja pengikut kami sahaja tetapi majoriti pengguna di Malaysia berpendapat yang sama. Namun, selepas ini akan berubah. Bank Islam dilihat akur dan menuruti kehendak pengguna. Mereka akhirnya bakal memberi nafas baharu pada aplikasinya.
Bank Islam sebenarnya sudah menghantar e-mel kepada penggunanya sejak minggu lalu lagi. Pada mulanya, aplikasi ini diperlihatkan dengan logo baharu, jauh lebih moden. Kini, antara muka aplikasi juga akan dikemas kini. Nampaknya, aplikasi Bank Islam akan nampak ‘up to date’ dan setanding dengan bank lain seperti MAE Maybank dan CIMB Octo.
Tidak terhenti di aplikasi, perbankan internet juga bakal diberi nafas baharu. Nampak gayanya, Bank Islam memang benar-benar mendengar keluhan pengguna. Sejak sekian lama pengguna menunggu.
Sebagai pengguna Bank Islam, bukan sahaja aplikasi, laman perbankan internet mereka juga sangatlah terkebelakang. Sering bermasalah. Meskipun sudah diberi kemas kini untuk menampal pepijat dan sebagainya, ia seolah-olah kurang membantu. Pengalaman penggunaan juga tidak baik jika nak dibandingkan dengan pesaing.
Oleh itu, ini merupakan satu perkara yang bagus kepada pengguna. Jadi, kita perlu tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Bank Islam.
kemas kini: aplikasi go by Bank Islam akan digantikan dengan aplikasi BIMB mobile. Perbankan internet juga berubah kepada BIMB web. Ia sememangnya kelihatan baharu. Navigasi lebih mudah, sistem keselamatan dipertingkatkan dan lagi banyak ciri ditawarkan.
{suggest}