Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebahagian Pengguna Windows Dah Boleh Main Game Android Di Komputer

Posted on Januari 21, 2022

Google telah mengumumkan bahawa mereka sedang menghasilkan projek baharu bulan lepas. Projek ini dinamakan sebagai Google Play Games yang mana Google ingin membawa masuk permainan Android ke PC.

Kini, Google telah pun melepaskan Google Play Games ini namun ia masih lagi dalam fasa beta yang mana  ia hanya terhad untuk negara Korea, Taiwan dan Hong Kong. 

Permainan yang terdapat dalam Google Play Games ini juga masih lagi terbatas. Tujuan Google tetapkan projek ini dalam fasa beta kerana ingin menerima maklum balas sebelum ianya dilepaskan secara rasmi.

Dengan ini, pemain boleh merasai pengalaman main permainan popular Android seperti Mobile Legends: Bang-Bang dan PUBG Mobile: New State dengan menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Pemainan dalam Google Play Games ini juga akan diselaraskan (sync) dengan akaun pada telefon pintar anda. Jadi anda tidak perlu risau untuk membuat akaun baharu. Jika anda berminat untuk menyertai beta ini, anda boleh klik pautan ini.

Sumber: arsTECHNICA

Baca juga:

  • Dikatakan Siri Samsung Galaxy S22 Di Malaysia Pakai Snapdragon
  • Samsung Sahkan Acara Pada Februari Ini, Mungkin Berakhirnya Siri Note
  • Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Disember 2021 Menurut Antutu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress