Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Sahkan Acara Pada Februari Ini, Mungkin Berakhirnya Siri Note

Samsung Sahkan Acara Pada Februari Ini, Mungkin Berakhirnya Siri Note

Diterbitkan Januari 21, 2022 ยท Dikemas kini Januari 21, 2022 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diramalkan, Samsung dalam kenyataan hari ini mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan acara Galaxy Galaxy Unpacked pada bulan Februari ini. Namun, tarikh terperinci acara itu belum lagi didedahkan.

Menurut Presiden dan Ketua Perniagaan MX Samsung – Dr. TM Roh, beliau bercerita secara ringkas tentang kemampuan Samsung dalam industri telefon pintar. Baik dari segi telefon boleh lipat dan juga Note.

Katanya, siri Note mendapat sambutan hangat dan telah mencipta legasinya tersendiri. Ketiadaan peranti dalam siri ini pada tahun lalu menjadikan tanda tanya.

Samsung Sahkan Acara Pada Februari Ini, Mungkin Berakhirnya Siri Note

Bagaimanapun, beliau menyatakan tahun ini Samsung akan menawarkan sebuah telefon siri Galaxy S yang jauh lebih berkuasa. Nampaknya, khabar angin tentang Galaxy S22 Ultra yang mirip peranti Note berkemungkinan besar adalah benar.

Dengan ini juga, ia sudah cukup memberi bayangan kuat bahawa siri Galaxy Note sudah berakhir kerana Samsung akan menggabungkannya dalam bentuk siri Galaxy S22.

Pada masa yang sama, Samsung mahu menawarkan pengalaman fotografi waktu malam jauh lebih baik serta ekosistem Galaxy lebih cemerlang.

Sumber: Samsung

Baca juga:

  • Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Disember 2021 Menurut Antutu

  • Exynos 2200 Akhirnya Diumum, Grafik Setaraf Konsol Kini Di Telefon

  • Samsung Tamatkan Tizen Store, Tiada Lagi Akses Untuk Pengguna

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY