Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (30)

Sebab Isu Kesihatan Mental Remaja Dan Kanak-Kanak, Meta Disaman

Diterbitkan Oktober 25, 2023 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Meta yang dikenali sebagai syarikat yang mengendalikan aplikasi seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp telah disaman oleh lebih kurang 30 negeri dalam Amerika Syarikat termasuk California, Massachusetts dan Tennessee.

Tindakan ini dilakukan apabila Meta menerima dakwaan terhadap aplikasi Instagram dan Facebook yang dikatakan menarik perhatian kanak-kanak bawah umur untuk melihat dan taasub dengan kandungan berbahaya dan memudaratkan bagi pemikiran mereka.

Dakwaan ini berperanan untuk meneliti cara platform media sosial melayan golongan-golongan muda yang menonton kandungan mereka.

Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Meta melanggar undang-undang perlindungan pengguna dengan membahayakan kanak-kanak serta mengelirukan pengguna tentang standard keselamatan untuk platform tersebut.

Selain saman Meta yang mewujudkan ciri eksploitasi terhadap hidup kanak-kanak, Meta membela diri dengan membuat kenyataan bahawa mereka telah memperkenalkan lebih daripada 30 alat untuk mencipta piawaian yang jelas dan bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur.

Sehubungan dengan itu, bekas pekerja Meta, Frances Hougen, tampil memberi maklumat tentang operasi dalaman secara sedar Meta dalam memangsa pengguna muda untuk mendapatkan keuntungan. Dalam pada itu, Hougen juga mendedahkan kajian dalaman di Instagram yang membuktikan ramai remaja perempuan menggunakan aplikasi itu untuk berkongsi foto-foto kemurungan dan kebimbangan mengenai isu imej badan.

Selain daripada Meta, aplikasi Snap, TikTok dan Google juga menghadapi ratusan tindakan undang-undang ke atas kanak-kanak bawah umur yang mengalami kebimbingan, kemurungan, gangguan makan dan trauma psikologi.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Kandungan Isu Palestin Dan Perkataan 'Hamas' Dakwa Disekat, KKD Akan Jumpa TikTok
  • Motorola Kembali, Perlihat Konsep Telefon Yang Boleh Pakai Di Tangan
  • Pengilang Terbesar iPhone Sedang Disiasat Kerajaan China

Sumber: apnews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY