Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foxconn Dilapor Takkan Jadi Pembekal Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Dan ‘Ultra’

Pengilang Terbesar iPhone Sedang Disiasat Kerajaan China

Diterbitkan Oktober 25, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh ariff bukhari

Laman The Global Times, memetik sumber tanpa nama berkata, pegawai kerajaan China menjalankan pemeriksaan cukai di perniagaan Foxconn di dua wilayah China.

Syarikat itu adalah pengilang iPhone terbesar untuk Apple dan merupakan salah satu majikan terbesar di dunia.

Global Times juga berkata jabatan sumber asli China telah membuat penyiasatan di tapak mengenai penggunaan tanah oleh perniagaan utama Foxconn di wilayah Henan dan Hubei.

“Pematuhan undang-undang di mana-mana sahaja kami beroperasi di seluruh dunia adalah prinsip asas Hon Hai Technology Group (Foxconn),” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Kami akan bekerjasama secara aktif dengan unit berkaitan dalam kerja dan operasi berkaitan,” tambahnya.

Pengasas Foxconn, Terry Gou, 72, kini sedang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya Presiden Taiwan yang akan berlangsung pada Januari hadapan.

Pengilang Terbesar iPhone Sedang Disiasat Kerajaan China
Pengasas Foxconn, Terry Gou.

Dia telah menyerahkan pengurusan syarikat itu pada 2019 apabila mengumumkan pencalonan pertamanya untuk jawatan presiden tetapi mengekalkan 12.5% kepentingan dalam Foxconn.

Tetapi kini beliau telah meletakkan jawatannya dari lembaga pengarah Foxconn pada September 2023 lalu selepas mengumumkan bahawa dia akan menyertai pilihan raya presiden yang baru itu.

Pilihan raya itu dijangka mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap hubungan Taiwan dengan China memandangkan ketegangan antara mereka telah meningkat sejak setahun lalu.

Global Times melaporkan bahawa “ramai orang” di Taiwan mengesyaki Foxconn sedang disiasat kerana Terry Gou bertanding jawatan Presiden Taiwan.

Bagaimanapun, akhbar yang dikendalikan kerajaan China menambah bahawa siasatan itu “adalah perkara biasa dan sah, kerana mana-mana syarikat melalui pemeriksaan cukai”.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Nak Rangkaian Lebih Laju? Tukarlah iPhone Anda
  • Pengguna iPhone Di Malaysia Lebih Suka Model Mahal Dan Skrin Besar - OpenSignal

Sumber: Global Times, BBC, Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY