Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Motorola adaptive display video

Motorola Kembali, Perlihat Konsep Telefon Yang Boleh Pakai Di Tangan

Diterbitkan Oktober 25, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh ariff bukhari

Motorola menerusi Lenovo mempamerkan telefon pintar konsep terbarunya pada acara Lenovo Tech World 2023 yang berlangsung hari ini di Austin, Texas, AS.

Telefon pintar ini mempunyai paparan fleksibel yang boleh melakukan lebih daripada sekadar lipatan. Ia juga boleh membengkok pada beberapa titik merentasi skrin, membolehkannya membalut dan melengkung.

Membolehkannya ia dipakaikan di pergelangan tangan.

“Konsep paparan adaptif boleh dilaraskan daripada pengalaman telefon Android standard dalam kedudukan rata kepada dibalut untuk pengalaman yang dipakai di pergelangan tangan atau diletakkan dalam beberapa mod pendirian,” Motorola.

Sebenarnya, telefon pintar konsep ini pernah diperkenalkan pada 2016 dahulu.

Cuma pada masa itu, syarikat itu berkata mereka masih memerlukan lebih banyak masa untuk menjadikan perubahan bentuk produk lebih dipercayai. Peranti asal juga mengandungi bezel yang lebih besar dan skrin 4.6 inci yang lebih kecil.

Tetapi kini ia kembali dihidupkan semula dengan beberapa penambahbaikan.

https://www.facebook.com/lenovo/videos/355804280220013/

Lenovo telah menggelarkan konsep itu sebagai telefon pintar “paparan suai”, yang boleh dibentuk ke dalam bentuk yang berbeza, bergantung pada keperluan anda.

Dari segi spesifikasi, peranti ini menampilkan panel OLED yang fleksibel dengan resolusi skrin pada HD plus penuh.

Apabila diletakkan rata, telefon ini beroperasi sama seperti telefon Android tradisional bersaiz 6.9 inci.

Tetapi jika anda menyesuaikan diri dalam kedudukan “berdiri sendiri”, perisian telefon akan melaraskan dirinya secara automatik untuk bertindak sebagai telefon pintar 4.6 inci.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Pengguna iPhone Di Malaysia Lebih Suka Model Mahal Dan Skrin Besar - OpenSignal

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY