Sebuah syarikat pengeluar memori perkakasan komputer dari Taiwan, Team Group, telah membangunkan storan dengan ciri yang boleh memusnahkan data secara serta-merta.
Storan P250Q Self-Destruct SSD adalah jenis storan M.2 yang boleh menghapuskan data secara fizikal dengan sendiri sama ada melalui perisian atau litar pemusnah fizikal terbina dalam.
Direka khas untuk industri sensitif seperti pertahanan dan AI, SSD ini menggunakan teknologi voltan tinggi untuk menghancurkan cip flash secara fizikal, menjadikan data mustahil untuk dipulihkan.

Menerusi demonstrasi yang ditunjukkan, SSD ini mengambil masa hanya selama 10 saat untuk memusnahkan diri secara fizikal, lengkap dengan asap dan lampu LED pengesahan,.
Ia kelihatan seakaan fiksyen sains popular dalam filem Mission Impossible apabila watak utamanya, Ethan Hunt selesai menerima misi.
Ia juga menyokong penghapusan pantas secara perisian, yang membolehkan pemulihan penggunaan SSD.
Dengan kelajuan bacaan hingga 7,000 MB/s dan sokongan PCIe Gen4x4, ia tetap berfungsi seperti SSD berprestasi tinggi biasa — tetapi dengan kelebihan perlindungan data ekstrem.
Harga belum diumumkan di mana pelanggan yang mahukannya perlu hubungi syarikat itu untuk maklumat lanjut dengan layari P250Q-M80 M.2 PCIe SSD | TEAMGROUP Industrial.
{suggest}
Sumber: TEAM GROUP INDUSTRIAL