Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AI Jadi Hos TV, Penyampai TV Di China Kini Berdepan Cabaran Getir

Posted on Julai 14, 2025Julai 14, 2025

Penggunaan AI dalam bidang penyiaran kini semakin meluas di China, sehingga memaksa universiti ternama seperti Communication University of China menilai semula kemahiran yang membezakan penyampai berita manusia daripada avatar AI.

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, stesen TV di Hangzhou telah menyiarkan siaran utama mereka sepenuhnya menggunakan penyampai AI.

Ia telah menarik perhatian ramai kerana visualnya yang sangat realistik seakan melihat manusia sebenar di kaca TV.

Walaupun pada awalnya dianggap sebagai penyelesaian sementara, tetapi semakin banyak stesen TV di sana kini menggantikan hos manusia dengan model AI.

Ini kerana, AI menawarkan kelebihan seperti kos rendah, tiada kesilapan dan boleh beroperasi 24/7 tanpa henti.

Avatar AI yang direka menyerupai tiga hos terkenal dari saluran CCTV, seperti yang dikongsi di Weibo.

Namun, ramai profesional penyiaran menegaskan AI masih belum mampu menandingi emosi dan reaksi spontan manusia sebenar, terutamanya ketika dalam siaran langsung dan temubual.

Ekoran itu, institusi komunikasi media di sana kini menyesuaikan kurikulum mereka yang bukan sahaja mengajar pelajar tentang penyampaian, tetapi juga teknologi, produksi audiovisual serta AI dan model bahasa besar.

Walaupun AI mampu membaca skrip dengan sempurna, pakar seperti Li Hongyan menegaskan bahawa AI boleh membaca ayat, tapi ia tak tahu apa yang penting.

Jadi, bagi generasi penyampai baharu, cabarannya kini adalah untuk menjadi lebih fleksibel, kreatif dan manusiawi daripada mesin.

“Kami tidak takut mesin menjadi lebih manusia. Apa yang perlu kita bimbangkan adalah menjadi lebih seperti mesin — atau lebih teruk, ketinggalan daripada mereka. Itulah ketika ia benar-benar menjadi masalah.” Li Hongyan, profesor penyiaran dan pengacaraan di Universiti Komunikasi China.

{suggest}

Sumber: Sixth Tone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress