Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp update

Satu Lagi Ciri Baharu Mula Ditawarkan Untuk Pengguna WhatsApp

Diterbitkan November 15, 2022 · Dikemas kini November 15, 2022 oleh Amalina Athman

Pada Ogos lepas, WhatsApp dilapor sedang membangunkan ciri yang membolehkan pengguna untuk memulihkan kembali (undo) mesej yang telah dipadam.

Berkaitan

  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'Undo' Mesej Yang Dipadam
  • WhatsApp Mula Tawar Ciri Sekatan Tangkap Layar 'View Once'
  • WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Menarik Ini Tidak Lama Lagi
  • WhatsApp Mula Benarkan Guna 1 Akaun Untuk Lebih Dari 1 Telefon Pintar

Terkini, ciri baharu itu mula ditawarkan untuk pengguna WhatsApp. Melalui ciri tersebut, ia mungkin berguna dalam keadaan tertentu. Contohnya, apabila pengguna tersalah memilih “Delete for Me”, iaitu padam untuk diri sendiri, berbanding “Delete for Everyone”.

Dengan ciri seperti ini, ia membolehkan pengguna membatalkan mesej yang dipadam untuk diri sendiri dan memilih semula “Delete for Everyone”. Bagaimanapun, sama seperti ciri sebelumnya, undo mesej “Delete for Me” dilepaskan kepada pengguna Android dan iOS secara berperingkat.

IMG_3003 (2)

Untuk menyemak jika anda sudah menerima ciri itu atau sebaliknya, padam mesej “Delete for Me” seperti biasa. Jika sudah menerimanya, bar notifikasi akan dipaparkan di bahagian bawah yang membolehkan anda memulihkan kembali mesej tersebut.

Perlu diketahui, pilihan untuk membatalkan mesej yang dipadam hanya boleh dilakukan dalam beberapa saat sebelum bar tersebut menghilang. Selain mesej yang dihantar, pengguna juga boleh menggunakan ciri ini bagi mesej yang diterima.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY