Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp app imej

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri ‘Undo’ Mesej Yang Dipadam

Diterbitkan Ogos 16, 2022 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, WhatsApp telah mengumumkan ciri “Delete for Everyone” sudah ditambahbaik di mana ia memberikan tempoh lebih lama, iaitu sekitar 2 hari 12 jam untuk memadam mesej yang telah dihantar.

Berkaitan

  • WhatsApp Kini Beri Tempoh Lebih Lama Untuk Padam Mesej
  • Akhirnya Pengguna WhatsApp Akan Terima 3 Ciri Privasi Ini
  • WhatsApp Uji Penggunaan Avatar Untuk "Video Call" Dan Gambar Profil

Kini, WABetaInfo melalui laporan terbaru menyatakan aplikasi pemesejan itu bakal hadir dengan ciri yang membolehkan mesej yang dipadam dipulihkan (undo) kembali.

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri ‘Undo’ Mesej Yang Dipadam

Melalui imej yang dikongsi, satu bar di bahagian bawah akan muncul apabila mesej dipadamkan. Bagaimanapun, pilihan untuk membatalkan mesej yang dipadam hanya boleh dilakukan dalam beberapa saat sebelum bar tersebut menghilang.

Buat masa ini, ciri berkenaan hanya dilepaskan kepada beberapa pengguna versi beta dan dijangka hadir tidak lama lagi untuk pengguna awam.

Terdahulu, WhatsApp turut mengumumkan tiga ciri privasi yang akan hadir di aplikasi itu, termasuk keluar grup WhatsApp secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ahli yang lain, sembunyikan status dalam talian serta ciri yang menghalang penerima untuk membuat tangkapan skrin bagi video atau gambar yang dihantar untuk paparan satu kali.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY