Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Menarik Ini Tidak Lama Lagi

Diterbitkan November 3, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa bulan lalu, WhatsApp dilaporkan telah menguji ciri suntingan mesej pada versi beta di peranti Android. Terbaharu, melalui kemas kini WhatsApp beta untuk iOS 22.23.0.73 yang tersedia pada aplikasi TestFlight, didapati bahawa ciri yang sama bakal hadir untuk kemas kini aplikasi iOS beta akan datang.

WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri Menarik Ini Tidak Lama Lagi

Seperti yang boleh dilihat dalam tangkap layar di atas, pilihan suntingan mesej akan dipaparkan dalam menu apabila ciri itu tersedia kelak.

Selepas mesej dihantar, pengguna akan diberikan tempoh sehingga 15 minit untuk membuat suntingan bagi mesej tersebut. Semua mesej yang disunting juga akan ditandakan dengan label “Edited”.

Berkaitan

  • Selalu 'Typo'? Ciri Suntingan Mesej Di WhatsApp Sedang Diuji Pada Android
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status 'Online', Ini Caranya
  • WhatsApp Mula Tawar Ciri Sekatan Tangkap Layar 'View Once'

Berikutan ini merupakan versi pertama, hanya suntingan mesej berbentuk teks yang boleh dibuat. Sementara kapsyen untuk imej, video atau dokumen belum disokong buat masa ini. Dijangkakan, WhatsApp akan menambah baik ciri tersebut, sebelum ianya tersedia untuk versi umum.

Menurut WABetaInfo, keupayaan untuk membuat suntingan mesej akan dikeluarkan dalam kemas kini aplikasi akan datang kepada beberapa penguji beta terlebih dahulu. Bagaimanapun, memandangkan ciri ini masih dalam fasa pembangunan, tidak diketahui secara tepat bila ia akan tersedia kepada pengguna awam.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY