Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp voice view once

Cara Hantar Mesej Suara Di WhatsApp Sebagai ‘View Once’

Diterbitkan Disember 8, 2023 · Dikemas kini Disember 8, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi memberikan privasi tambahan kepada pengguna, WhatsApp pada tahun 2021 telah memperkenal ciri ‘view once’ untuk foto dan video.

Terbaharu, WhatsApp kini mengumumkan ciri view once diperluas untuk voice message atau mesej suara, membolehkan mesej suara hilang setelah dibuka sekali oleh penerima.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video 'HD' Di Status

Ciri ini telah pun tersedia kepada pengguna global, namun seperti biasa ia dilancarkan secara berperingkat.

Cara hantar mesej suara sebagai ‘view once’

Berikut merupakan cara mudah untuk menghantar mesej suara sebagai view once.

1. Buka sembang individu atau kumpulan di WhatsApp.

2. Di bahagian bar bawah, klik ikon mikrofon ?️. Setelah itu, hold atau tahan lama dan tarik ke atas untuk kunci.

3. Rakam suara anda dan kemudian tekan ikon “view once”. Hantar mesej suara tersebut.

4. Untuk mengubah tetapan, lakukan langkah yang sama seperti di atas.

Cara Hantar Mesej Suara Di WhatsApp Sebagai ‘View Once’

Sementara itu, perlu diketahui WhatsApp turut menyekat tangkap layar untuk mesej suara yang dihantar dengan ciri view once, sama seperti foto dan video.

Cara Hantar Mesej Suara Di WhatsApp Sebagai ‘View Once’

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna berkongsi maklumat sensitif melalui mesej suara tanpa perlu risau. Sebagai tambahan, mesej suara turut mempunyai penyulitan hujung ke hujung secara default.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
©2026 WISER.MY