Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video ‘HD’ Di Status

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video ‘HD’ Di Status

Diterbitkan Disember 6, 2023 · Dikemas kini Disember 6, 2023 oleh Amalina Athman

Bukan perkara baharu, pengguna WhatsApp mungkin sudah sedia maklum gambar dan video yang dimuat naik di Status aplikasi pemesejan itu mempunyai kualiti yang tidak memuaskan.

Bagi menyelesaikan isu tersebut, WhatsApp kini dilapor sedang membangunkan ciri untuk menghantar gambar dan video berkualiti tinggi melalui kemas kini Status.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Akses Dua Akaun Dalam Satu Telefon
  • Akhirnya, WhatsApp Kini Mudahkan Pengguna iPhone Hantar Gambar, Video Sebagai Dokumen
  • Pengguna Android, Storan WhatsApp Anda Tidak Lagi Percuma

Seperti dikongsikan oleh WABetaInfo, ia memperlihat terdapat pilihan butang HD di bahagian kemas kini Status.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Muat Naik Gambar, Video ‘HD’ Di Status

Sesetengah pengguna ketika ini menyimpan foto dan video berkualiti tinggi dalam chat peribadi dan kemudian forward ke Status sebagai penyelesaian sementara. Walaupun begitu, tidak jelas sejauh mana keberkesanannya.

Dengan ciri ini kelak, ia membolehkan pengguna berkongsi foto dan video dengan kualiti yang lebih baik apabila mengemas kini Status WhatsApp.

Buat masa ini, ciri berkenaan masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia untuk penguji Beta tidak lama lagi, sebelum versi stabil dikeluarkan.

Sumber: WABetaInfo

Gambar utama: Guiding Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY