Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SMD Semiconductor

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip AI Dan Semikonduktor

Diterbitkan Oktober 20, 2025 oleh Amsyar Latif

Syarikat milik penuh Kerajaan Sarawak, SMD Semiconductor, menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat pembangunan cip kecerdasan buatan (AI) terkemuka Korea Selatan, Rebellions Incorporated.

Berdasarkan laporan TV Sarawak, kerjasama ini bertujuan memperkukuh keupayaan reka bentuk cip AI serta pembangunan semikonduktor di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerjasama tersebut mencerminkan kepercayaan antarabangsa terhadap potensi Sarawak sebagai rakan kongsi strategik dalam ekosistem semikonduktor dan AI. Beliau menyifatkannya sebagai langkah penting ke arah menjadikan Sarawak peneraju dalam bidang teknologi tinggi dan ekonomi digital global.

Menurut beliau, inisiatif ini juga merupakan lanjutan daripada kejayaan SMD Semiconductor menjalin hubungan dengan United Kingdom sebelum ini, khususnya dalam bidang pembuatan semikonduktor lestari, latihan tenaga kerja dan pembangunan teknologi canggih.

Abang Johari menjelaskan bahawa pengalaman tersebut meletakkan asas kukuh untuk Sarawak menyelaraskan kepakaran tempatan dengan inovasi Rebellions dalam teknologi High Bandwidth Memory (HBM) serta seni bina aliran data cip yang dioptimumkan.

Pemeteraiannya akan dilakukan melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak semasa Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2025, yang dijadual berlangsung pada 22 Oktober 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab teknologi dan inovasi digital di rantau ini.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kerjasama U Mobile-SACOFA Percepatkan 5G Generasi Baharu Di Sarawak
  • Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY