Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sarawak Guinness World_2

Sarawak Cipta Guinness World Records Penerbangan Relay Dron Terpanjang

Diterbitkan Januari 2, 2026 · Dikemas kini Januari 2, 2026 oleh Amalina Athman

Sarawak mencatat sejarah baharu apabila berjaya meraih pengiktirafan Guinness World Records bagi kategori Longest Cumulative Distance in a Remote-Controlled Multirotor/Drone Relay, sempena sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 yang berlangsung di Tebingan Kuching pada 31 Disember lalu.

Memetik laporan TVS, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memaklumkan pencapaian bersejarah itu melibatkan penerbangan dron sejauh 1,706.7 kilometer, merentasi negeri Sarawak dari Tanjung Datu di selatan hingga Lawas di utara.

Sarawak Guinness World_1

Ia dilaksanakan menerusi 128 segmen penerbangan dengan menggunakan dron berpenjejakan GPS secara berterusan tanpa putus, dan mengambil masa selama enam hari untuk dilengkapkan.

 

Rekod berkenaan dianjurkan hasil kerjasama STB, serta diserikan dengan tayangan filem khas dron yang menampilkan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan pembangunan moden Sarawak.

Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai “Gateway to Borneo”, selari dengan aspirasi negeri itu untuk tampil berdaya saing di peringkat global.

Berkaitan

  • Kerjasama U Mobile-SACOFA Percepatkan 5G Generasi Baharu Di Sarawak
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Syarikat Semikonduktor Jerman Buka Bilik Bersih 6,000 meter persegi Di Sarawak
  • Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip AI Dan Semikonduktor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY