Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sumbangan asas rahmah

SARA Akan Disalurkan Secara ‘One-Off’ Untuk Penerima STR Kategori Bukan Miskin/Miskin Tegar

Diterbitkan November 6, 2024 · Dikemas kini November 8, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diumumkan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025, bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan disalurkan secara berperingkat mulai esok, 7 November 2024.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan turut memaklumkan bahawa bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara one-off atau sekali bayar kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR, mulai 9 Disember 2024.

Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun, mengikut kaedah sedia ada.

Sebagai rujukan, berikut merupakan kadar bayaran STR Fasa 4, serta SARA bagi kategori bukan miskin dan miskin tegar mengikut kategori kelayakan:

SARA Akan Disalurkan Secara ‘One-Off’ Untuk Penerima STR Kategori Bukan Miskin/Miskin Tegar
SARA Akan Disalurkan Secara ‘One-Off’ Untuk Penerima STR Kategori Bukan Miskin/Miskin Tegar

Sama seperti sebelum ini, kaedah pembayaran adalah melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank atau bagi penerima tiada akaun bank, pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional.

Semakan status bayaran akhir STR 2024 dan kelulusan SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi di pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Untuk STR 2025, kerajaan juga telah membuka pendaftaran sepanjang tahun, bermula 19 Oktober 2024. Namun, bagi melayakkan anda menerima bayaran STR 2025 Fasa 1, permohonan baharu perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 November 2024.

Sementara itu, bagi mengurangkan golongan tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan selain data daripada beberapa agensi lain untuk disemak kelayakan STR 2025 mengikut syarat ditetapkan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Belanjawan 2025: Kategori Bujang Akan Terima STR Sebanyak RM600
  • Permohonan Untuk Kelayakan Bayaran STR 2025 Fasa 1 Dibuka Sehingga 30 November
  • Ini Sebab Pentingnya Mohon STR 2025 Lebih Awal

Sumber: Kementerian Kewangan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY