Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
STR 2025_featured image

Permohonan Untuk Kelayakan Bayaran STR 2025 Fasa 1 Dibuka Sehingga 30 November

Diterbitkan November 5, 2024 oleh Amalina Athman

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengumumkan bahawa permohonan bagi kelayakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 1 dibuka sehingga 30 November 2024.

Untuk lebih jelas, permohonan baharu dibuka sepanjang tahun mulai 19 Oktober 2024. Namun, bagi melayakkan anda menerima bayaran STR 2025 Fasa 1, permohonan baharu perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 November 2024.

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR 2025 termasuk mereka yang tiada rekod dalam sistem STR 2024 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah atau RM2,500 ke bawah bagi individu bujang/tiada pasangan/tiada anak menepati syarat kelayakan.

Selain permohonan baharu, penerima sedia ada yang belum mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut juga perlu berbuat demikian untuk STR 2025.

Antara maklumat yang boleh dikemas kini termasuk nombor telefon rumah dan telefon bimbit, alamat, e-mel, nombor telefon pasangan, butiran akaun bank pemohon/pasangan serta maklumat waris.

PERMOHONAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 FASA 1https://t.co/Ed5QjhYwPX pic.twitter.com/xpSAyuy9RB

— LHDNM (@HASiL_Malaysia) November 5, 2024

Sebagai rujukan, berikut merupakan kadar bayaran yang akan diterima untuk STR 2025 – bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

str 2025_1
STR 2025
str 2025_2
SARA 2025

Untuk permohonan baharu, kemas kini atau butiran lanjut mengenai STR 2025, layari portal rasmi melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Belanjawan 2025: MyDigital ID Akan Jadi Aplikasi Tunggal Kerajaan
  • Belanjawan 2025: Kategori Bujang Akan Terima STR Sebanyak RM600
  • STR Fasa 4 Akan Disalur Bermula 7 November Depan

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY