Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
STR 2025_wiser

Ini Sebab Pentingnya Mohon STR 2025 Lebih Awal

Diterbitkan November 7, 2024 · Dikemas kini November 29, 2024 oleh Amalina Athman

Permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 telah pun dibuka sepanjang tahun, bermula 19 Oktober 2024.

Namun begitu, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bagi melayakkan anda menerima bayaran STR 2025 Fasa 1, permohonan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 November 2024, sebelum 5.00 petang.

Ini Sebab Pentingnya Mohon STR 2025 Lebih Awal

Apa maknanya?

Perlu diketahui bahawa kadar bayaran STR yang akan diterima adalah bergantung kepada fasa permohonan diluluskan.

Sebagai contoh, katakan permohonan STR 2025 lulus pada permohonan Fasa 1, maka pemohon akan menerima bayaran Fasa 1 sebanyak amaun XX, dan diikuti bayaran bagi fasa seterusnya.

Jika mohon lambat atau Fasa 2 baru lulus macam mana?

Jika permohonan dibuat selepas tarikh tutup untuk kelayakan bayaran STR 2025 Fasa 1 (30 November), ia hanya akan diproses dan diluluskan mulai bayaran Fasa 2 (bergantung pada tarikh permohonan).

Kelayakan STR tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Pemohon hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa yang diluluskan dan seterusnya sahaja.

Bahasa mudah, bayaran fasa sebelumnya akan dikira burn jika permohonan belum diluluskan.

Jadi, kenapa dibuka sepanjang tahun?

Permohonan sepanjang tahun ini akan memberikan manfaat dalam beberapa situasi, terutamanya bagi mereka yang tidak mengetahui mengenai bantuan STR lebih awal, atau golongan yang ingin melakukan kemas kini.

Antaranya termasuk mereka yang pada mulanya lulus STR dengan status bujang dan kemudiannya telah berkahwin. Selain itu, pemohon yang mempunyai pertambahan bilangan anak, bertukar status perkahwinan, maklumat pendapatan dan lain-lain.

Rujuk gambar di bawah sebagai contoh bayaran jika melakukan kemas kini dalam beberapa situasi.

kemas kini STR_1
Bertukar status bujang – kahwin
kemas kini STR_2
pertambahan anak
kemas kini STR_3
pertambahan anak
kemas kini STR_5
status pendapatan berubah
kemas kini STR_4
Bertukar status dari berkahwin – bercerai/kematian pasangan

Perlu diingatkan bahawa gambar di atas adalah contoh sahaja dan amaun bayaran sebenar setiap fasa mungkin berbeza, memandangkan ia berdasarkan STR 2024.

Mohon awal

Berikutan itu, anda perlu membuat permohonan baharu atau kemas kini lebih awal jika tiada apa-apa kekangan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, permohonan baharu STR 2025 untuk kelayakan bayaran Fasa 1 dibuka sehingga 30 November 2024.

Ini Sebab Pentingnya Mohon STR 2025 Lebih Awal

Sementara itu, bagi mengurangkan golongan tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan selain data daripada beberapa agensi lain untuk disemak kelayakan STR 2025 mengikut syarat ditetapkan.

Namun begitu, penerima sedia ada disarankan melakukan kemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan 2024.

Siapa yang layak buat permohonan baharu?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Kalau tahun depan baru cukup umur boleh mohon ke?

Pemohon berusia 21 tahun (kategori bujang) atau Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 19 tahun yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2025, adalah layak membuat permohonan yang dibuka sejak 19 Oktober 2024.

Erti kata lain, pemohon layak memohon STR asalkan menepati syarat umur 21 tahun (kategori bujang) dan 19 tahun (OKU) pada 2025.

STR 2025_0

Macam mana nak mohon?

Berikut merupakan kaedah permohonan STR 2025:

Permohonan Secara Dalam Talian

  • Portal Rasmi STR, bantuantunai.hasil.gov.my

Permohonan Melalui Borang Kertas

  • Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR pada bahagian menu > borang atau Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Kadar bayaran STR dan SARA 2025

Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

str 2025_1
STR 2025
str 2025_2
SARA 2025

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Belanjawan 2025: Kategori Bujang Akan Terima STR Sebanyak RM600
  • Permohonan Untuk Kelayakan Bayaran STR 2025 Fasa 1 Dibuka Sehingga 30 November
  • SARA Akan Disalurkan Secara 'One-Off' Untuk Penerima STR Kategori Bukan Miskin/Miskin Tegar

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (1, 2, 3)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY