Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
”Sandiwara” Lakonan Tan Sri Michelle Yeoh Dirakam Sepenuhnya Guna iPhone Di Pulau Pinang

”Sandiwara” Lakonan Tan Sri Michelle Yeoh Dirakam Sepenuhnya Guna iPhone Di Pulau Pinang

Diterbitkan Februari 19, 2026 · Dikemas kini Februari 19, 2026 oleh ariff bukhari

Filem pendek Sandiwara arahan Sean Baker mencuri perhatian di Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinale).

Menariknya, karya ini dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone berlatarkan suasana meriah pasar malam dengan muzik, makanan dan kehidupan harian di Pulau Pinang, Malaysia.

Watak utamanya dibawakan oleh Tan Sri Michelle Yeoh yang tampil luar biasa apabila membawakan lima watak berbeza, dengan setiap satunya mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia.

”Sandiwara” Lakonan Tan Sri Michelle Yeoh Dirakam Sepenuhnya Guna iPhone Di Pulau Pinang

Tajuk Sandiwara sendiri bermaksud “drama” atau “pementasan” dalam bahasa Melayu, melambangkan kisah-kisah yang akhirnya bertemu dalam satu naratif.

Filem ini diterbitkan oleh Superprime Films bersama Holy Momma dan jenama fesyen London, Self-Portrait, melalui program Residency yang dilancarkan pada 2024.

Self-Portrait, diasaskan Han Chong, terkenal dengan rekaan kontemporari untuk acara istimewa.

Sandiwara bukan sahaja meraikan seni perfileman moden, tetapi juga mengangkat identiti Malaysia ke pentas dunia.

Selepas tayangan perdananya di Berlinale, Sandiwara akan ditayangkan di seluruh dunia pada 20 Februari 2026.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Elak Beli Tablet Android Murah Ini, Dilapor Tersedia Pasang Perisian Hasad
  • Google Pixel 10a Bakal Tiba Di Malaysia Bulan Depan - Harga Bermula RM2,299

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY