Seiring pengumuman rasmi, Google mengesahkan Pixel 10a bakal tiba di Malaysia pada bulan depan, dengan harga bermula RM2,299.
Secara ringkas, Pixel 10 menampilkan rekaan rata tanpa bonggol kamera, skrin 6.3-inci dengan maksimum kecerahan 3,000 nits, janaan cip Tensor G4 bersama 8GB RAM serta didatangkan dengan pilihan storan 128GB dan 256GB.

Dari segi kamera, ia masih mengekalkan konfigurasi Pixel 9a, iaitu 48MP utama, 13MP ultra lebar dan 13MP swafoto. Kapasiti bateri juga sama, 5,100mAh, tetapi kini menyokong pengecasan lebih pantas sehingga 30W melalui Google 45W USB-C dan 10W secara wayarles.
![]()
Pixel 10a dijanjikan sokongan kemas kini sistem operasi dan keselamatan selama tujuh tahun. Empat pilihan warna ditawarkan termasuk Lavender, Berry, Fog dan Obsidian.
![]()
Google Pixel 10a akan tersedia di Malaysia mulai 5 Mac 2026 dan boleh didapati melalui pengedar sah.
{suggest}
